Misz Fatin Fatimah
ENTRY ABOUT INSTAGRAM TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

2016
Assalamualaikum readers ,



   Alhamdulillah ramadhan tiba , bersyukur kepada ALLAH sebab masih diberi peluang untuk berpuasa di bulan ramadhan 2016 . Entry aku kali nie bukan nak taip pasal diet ramadhan macam last year , mungkin ada lah nak buat entry pasal diet tapi tu tunggu laa seminggu sebelum raya ( kot sempat aku nak update , hiewhiew ) tapi nak taip tentang semuanyaaa yang terjadi dalam life aku .

   Okey , tahun nie aku berpuasa untuk pertama kali nyaa ( seingat aku lah ) kena kerja . Selalunya kalau tak dapat cuti raya aku dah resign awal awal before puasa . InsyaALLAH tahun nie aku dapat cuti raya 5 hari ( walau tak banyak tapi okey lahh janji dapat beraya dengan family tersayang ) . Dugaan puasa kena kerja nie lebih mencabar lah . Lagi-lagi aku kerja kat cafe , kena utama kan customer dahulu . Kalau cafe takde customer dalam masa 10pm , time tu lah baru dapat makan . Selagi cafe ada customer even seorang kau jangan harap dapat makan . Sedih kan ?

  Lepas tu dugaan demi dugaan datang . Ibu aku sakit dan untuk pengetahuan korang ibu aku bulan lepas untuk pertama kali dia dimasukkan ke dalam ICU sebab paru-paru kena jangkitan kuman sebab toksin dalam badan dah 1K lebih . Kalau manusia biasa toksin normal dalam badn 100 lebih tapi ibu aku dah sepuluh kali ganda and sangat sangat bahaya . Mula-mula ibu megadu sesak nafas , terus bawak gi hospital lepas tu masuk dalam zon separa kritikal dalam 5.15am . Tunggu dan tunggu sampai 11am doctor bagitahu keadaan ibu dha kritikal . Allah , tu je mampu aku ungkap masa doctor bagitahu ibu kritikal . Time tu juga lah banjir HTJS , naik bengkak mata aku . Lepas tu doctor kata nak jumpa ibu takk . Aku pon nak lah kan ? ibu aku tuu . Masuk je kat zon kritikal , tengok ibuu dikelilingi doctor dengan wayar sane sini , guna mesin pernafasan . Allahu , aku nak pengsan tak kuat nak tengok ibu macam tuu . Cepat-cepat doctor minta aku keluar . Setiap kali lawat ibu kat ICU , tiap tu lah aku menangis ( ibu tak sedar masa tuu ) . Aku ingat lagi hari sabtu aku datang lawat ibu , Macam biasa rutin aku bila cakap dengan ibu " ibu fatin datang nie , bila ibu nak sedar kita rindu kat ibu " . Tengah gosok kepala ibu sambil cakap tetiba mata ibu buka . Allahu , menangis depan ibuu sebab bersyukur ibu dah sedar lepas tu ibu cakap " kenapa menangis ? " . Aku diam je lah , kang lelebih ada lak banjir satu ward ICU tuu .

   Sekarang dah hampir sebulan pekara tu berlaku dan masih teringat dalam kepala aku masa keadaan ibu kat ICU . Alhamdulillah sekarang ibu makin okey dan paling aku sedih sebab ibu dah tak boleh masak untuk kami sekeluarga . Rindu sangat masakkan ibuu . Sahur ke berbuka ke aku yang masak dan kadang kakak atau abang yang masak . Aku nak sangat ibu masakk lepas tu aku luahkan rasa sedih aku kat BFF aku then dia cakap lah " Anggap saja sekarang tiba masa nya tuk awak balas budi ibu awak yang dah jaga awak selama dua puluh teeet tahun nie " ( umur adalah rahsia ) . Aku pon macam mungkin betul la kot ? ibu sekarang masa dia tuk relaks dan kami anak-anak diaa akan buat segalanyaa .

   Mesti ada yang tertanya " how about raya " . Macam biasa lah last year aku and ibu masak sume tapi this year aku dengan kakak dengan bantuan ibu yang hanya cakap cakap letak itu ini . Pasal raya ke , lauk raya ke apa ke aku tak kisah sangat janji dapat beraya dengan family macam aku taip tadi . Dan macam biasa laa relationship aku dengan faiz enta bila nak akhiri dengan lafaz nikah pon aku taktahu , HAHAHA .  Rancang kemain itu ini tapi disebabkan keadaan tak berapa cantik terpaksa lah tangguh tangguh . Aku bukan jenis perempuan yang bila tengok orang lain kahwin , aku pon nak . Aku nye perangai tak kisah . Kau nak kahwin kau nya pasal . HAHAH .

   Okey lah , maybe sampai sini je aku dapat taip taip . Actually nak tidur bentar sebab 5pm nak kerjaaa . ngatok babe . kerja dari  5pm-1am lepas tuu kalau ade customer kena lah OT dua tiga jam maybe atau sampai sahur . Enta lah . HAHAHA . tuu yang penat sikit aku sejak puasa kena kerjaa . Anyways selamat berpuasa gais ! Semoga ibadah anda diterima oleh ALLAH . Aamiin .

Written by me at 2:39 PM | 0 Pinkzluv{s}
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>