Misz Fatin Fatimah
ENTRY ABOUT INSTAGRAM TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Yemma Yembongg ,
   



       Hi readers . Lama dah rasanya tak berblog , almost 1 years jugak lah . Dulu kemain rajin nak berblog and berblogwalking , laa ni asyik busy kerjaa je sampai lupaa kat iemasigadis . Tipu laa kalau cakap about 1 years ni tak update takde story kan ? actually banyak gilaaa story and kadang story tu simpan je dalam diary ( dah besar pun still ade diary ) . Alhamdulillah , aku still lagi bekerja di tempat yang sama cuma pangkat and gaji je naik . Belum lagi nak jadi owner , HAHAHA . Then aku dah kembali single , huh sedihnyaaa tapi takde lah sedih mana . Biase biase je . Maybe orang cakap tak sayang ke 6 tahun bercinta then putus camgitu je ? sayang memang sayang tapi kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita , kita kena terima dan teruskan hidup kita . Aku tak benci , aku tak hina , aku tak cakap buruk pasal dia kat orang lain sebab dulu dia lah yang aku sayang , yang jaga aku masa sakit , yang sentiasa ada bila aku susah . Dia pun dah bahagia dengan someone else , aku tumpang gembira dan sentiasa doakan dia always bahagia .


      Walaupun dah tak ada hubungan " SPECIAL " , kitaorang tetap berkawan macam dulu dulu sewaktu sebelum bercintaa . HAHAHA , yelaa dah besar takkan still nak bermusuh & tarik mukaa . Am i right ? tapi kawan kawan pun mostly aku yang banyak menjauh dari dia sebab aku tahu batas aku . Aku taknak diaa anggap aku sayang dia . Jujur , aku tak sayang dia lagi eh ? aku anggap diaa kawan je . Jangan lelebih , aku pangg kang . HAHAH . Orang cakap taknak cari pengganti ke ?sebab sayang lagi ke taknak cari ? Haaa , soalan tu yang aku malas nak menjawab . Okeyy laa kat sini laa aku bagitahuu kenapa aku taknak mencari dan what else laa then takpayah korang nak tanye tanye lagi . HAHAH


     Aku taknak mencari sebab aku dah malas nak bercinta , taknak jadi macam dulu dulu . Bercinta bagai nak rak , rak pun roboh . HAHAHA , akhirnya takde jodoh so aku memang malas nak bercinta even niat dalam hati tu nak sangat ade KING dalam hati then aku tahu lelaki nak aku pun bukan sebab ikhlas tapi sebab aku ade everything so dia nak menumpang kesenangan yang aku miliki sekarang hasil titik peluh aku sendiri ( pernah kena sekali masa pertama kali break off dengan si diaa , cari lelaki lain tapi lelaki tu nak duit kita je , tu yang serik nakk mencari ) . Laa ni aku nak mencari suami , lelaki yang bersedia untuk bernikah dan ade tanggungjawab nak mendirikan rumah tangga . Bercinta ? lepas nikah kita bercinta ye sayang . Then aku sebenarnya tak suka nak berkenalan dengan orang yang aku tak kenal . Macam si dia dulu , kitaorang berkawan sebab satu tempat belajar dulu kan ? 4 bulan berkawan lepas tu jatuh cintaa . HAHAH sebab aku nak teman hidup aku tahu siapa diri aku sebenarnya , yang dia boleh terima aku masa berkawan dulu , perangai selekeh aku , kasar aku dan BAIKNYA aku .

   Susah nak mencari lelaki yang ikhlas nak kan kita , yang terima kita seadanya . Kalau ada , aku ikat diaa , simpan dalam almari tiba masa nya nak nikah , aku keluarkan dia . HAHAHA . Jenis aku kalau kau boleh terima aku siapa diri aku , aku akan usaha sendiri tuk cantik hanya untuk diri kau sebab kau yang dah memiliki aku , kau yang terima aku masa aku selekeh & debab . So tak salah kalau aku nak cantikkan diri aku untuk lelaki yang sayangkan aku . Kata aku sendiri lah " kau takkan menyesal dapat aku , kau akan dapat keuntungan kau sendiri . Selekeh selekeh dulu , cantik cantik kemudian " . HAHAHAH gituwww kauu haaa .

    Kadang memang la rasa nak bercinta tu ada tapi aku taknak la manja aku , sayang aku , setia aku , ngade aku , gedik aku tersalah bagi dekat orang yang tak ikhlas bersama aku . Only the KING yang dapat merasa semua tu . Orang cakap kawan kawan aku kebanyakkan lelaki mesti aku gedik . HAHAHA kau salah lah , aku sangat kasar . Dan kawan kawan aku semua yang aku dah berkawan lama . Lelaki yang baru nak kawan dengan aku , aku takkan nakk lepak setable , nak gilagila dan takkan aku nak berkawan sebab aku tak selesa . Cukup la kawan lelaki aku yang mana always susah senang bersama , tu je yang aku nak berkawan .

   Aku percaya , jodoh dan ajal maut semua di tangan ALLAH . Kalau bukan sekarang , insyaALLAH suatu hari nanti . Tahu tahu je aku dah layang kad kahwin , korang sendiri yang akan kenyang makan nasi minyak aku . HAHAHAH

Written by me at 2:26 PM | 0 Pinkzluv{s}
<$CommentPager$>
<$I18NCommentAuthorSaid$>

<$BlogCommentBody$>

<$BlogCommentDeleteIcon$>
<$CommentPager$>

<$BlogItemCreate$>